Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Thursday, December 16, 2010

busy..busy..busy..

lamanya tak update blog..pejam celik pejam celik, isnin ni emraan dah nak masuk 3 bulan..bila dah masuk keje, keje berlonggok-longgok..tambah2 kelas dah bermula..nak kene siapkan nota lagi...kerja hari2 lagi..fuhh..sabar...konon nak wat nota dalam power point (rasa canggih sangat la tu konon,hehehe)..bab satu dah berkurun siap, bila masuk je bab dua,kita baca, budak salin..hehehe...itu dulu, insyaAllah semester ni kita sambung bab 2 pulak..alhamdulillah, setelah bertungkus lumus, suku bab 2 dah siap...baki tu sempat siap ke?macam minggu depan je dah nak masuk bab2...insyaAllah2..
kat ofis sah2 tak sempat nak update blog..tapi sempatla waktu rehat bukak blog kawan2 (my fav kak ayu & love ) tengok resepi diaorang...bila balik rumah, lagi la tak sempat..maklumla bila berlakunya pertambahan rakyat jelata yang masih kecik2 ni, fizikal dan emosi macam tak stabil je..hangin satu badan je..marah2 pun tak faham jugak...Ya Allah, Kau kuatkan lah kudratku terutama emosiku dalam membesarkan anak2 ku...amin..sekadar ini untuk kali ini..kemengantukan melanda..nite nite..

Friday, October 8, 2010

bubur kacang by...


emm..sepatutnya aku post semalam, tapi tak sempat...ni dia bubur kacang by en suami. suka sgt dia ngan bubur kacang..tempoh berpantang aku baru masuk hari ke18 (semalam) tapi dia dah 3kali masak bubur kacang..tu belum termasuk ngan mak aku masak 2x masa 1st week aku berpantang...bayangkanlah dh 5x..
1st trial, kureng jadik, kacang hijau empuk tak sekata, tapi dia dh masukkan gula melaka & santan..masa tgh masak, mintak aku call mak aku, kenapa dianyer bubur tak jadik..
2nd time, superb...tapi bubur dia mak aih manis..dia mmg suke manis..mengalahkan aku yg kelantan ni..itu yg bersemangat wat lagi ni kot..tapi warna yg ni kureng sket, sbb gula melaka yg dia beli tu maybe dh dicampur ngan gula/gula merah, sbb kalo guna gula melaka ori, warna bubur cantik je...atau mungkin terlebih santan..aku bkn reti sgt..
walaupun aku dlm pantang, tapi mkn gak la brg sesudu 2..(ke semangkuk? hehehe)..mak aku kasik masa dia ada aritu, so aku mkn la..alhamdulillah, aku ok..so, yg lagi 4x tu, mkn gak la sket2..byk2 kan takut jgk..
kita tgk la nanti, habis tempoh berpantang, brp kali en suami wat bubur..




Thursday, September 30, 2010

Baked and Bites: Choc Cuppies

Baked and Bites: Choc Cuppies: "Tempahan Choc Cuppies set 16bj oleh Pn. CT. SafuanKali nih customer minta deco yg simple2 jer.. jadi x payah fikir panjang nak cari idea utk..."

Monday, September 27, 2010

Sekitar Majlis Tahmid

Akhirnya, nama baby ketiga kami EMRAAN (ejaan: ain mim ro alif nun)... majlis tahmid baru selesai dlm kul10 mlm.. pada mulanya aku sangka muhammad imran, tapi selepas majlis, suami datang bagitau emraan, siap eja lagi...ejaan rumi tu pun ustaz tu yang bagi..hilanglah rasa berdebar2...ye la tunggu dlm masa 7 hari, baru tahu nama, suspen pulak tu..
ustaz bagi nama ikut pengiraan..tak tahu la mcmn dia kira..guna tarikh lahir, nama ibu, ada muqaddam lama..alih2 keluar nama...kepada hubby, kene belajar ilmu tu, rugi tak belajar...


ketiga2 anak kami, ustaz yang sama bagi nama...anak pertama, aku beria2 nak nama yusuf, tapi selepas kira2, tak kene...yang kene abdul rahman.anak kedua, suami berkenan balqis, pun tak kene..akhirnya siti asiah.anak ketiga, kami tak fikir langsung...serah sepenuhnya kepada ustaz..malas nak fikir..yang kami rasa mesti nama klasik...ramai yang mengagak depan ada abdul. ada yang agak abdul latif, anak sedara aku si abe, 8 thn, bagi nama abdul razak...maklumla si abang ada abdul..akhirnya emraan..nama lama tapi nmpk moden..ejaan pulak tak terlintas di fikiran..

antara gambar yang di snap sekitar majlis...



ala2.. comotnya anak ummi mkn kurma...



















































Thursday, September 23, 2010

my new baby....

beberapa jam selepas dilahirkan


my new lil prince:day 0


home sweet home : day 1


day 2